Mesyuarat Agung PIBG 2017


Pada pukul 1.00p.m, para ibu bapa dan penjaga telah hadir ke Dewan Dato Pengiran Mohammad SK Trusan. Pada pukul 1.30p.m, Mesyuarat dimulakan dengan mendengar Ucapan daripada Guru Besar, SK Trusan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua atas aktiviti-aktiviti yg diadakan pada tahun 2016. Antaranya majlis persaraan Yusop Bin Sitam, mantan Guru Besar SK Trusan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada PIBG yang menyumbangkan buku kerja kepada murid-murid Tahun 6 (2016). Begitu juga sumbangan sempena majlis penyampaian hadiah dan juga sumbangan LCD Projektor pada tahun lepas.



Guru besar menyeru PIBG untuk terlibat secara aktif dalam bersama-sama menjayakan program-program di sekolah kerana antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah sekolah ialah kerjasama ibu bapa dan penjaga dengan pihak sekolah.

Mesyuarat diteruskan dengan ucapan daripada YDP PIBG iaitu Pengiran Hj Kadir bin Hj Harun. Beliau berharap ahli-ahli PIBG dapat bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merealisasikan misi dan visi SK Trusan. Beliau juga berharap semua ahli dapat menyumbangkan idea bagi memantapkan lagi aktiviti-aktiviti sekolah agar dapat meningkatkan akademik, kokurikulum dan sahsiah murid-murid.


Mesyuarat diteruskan lagi dengan mendengar laporan daripada setiausaha PIBG SK Trusan, Cikgu Alifarizal bin Sahak. Pihak PIBG telah membuat beberapa pemohonan  pada tahun lepas antaranya ialah bangunan sekolah baharu, pertukaran Nama Sk Trusan kepada SK Dato Pengiran Mohamad, pemohonan gelanggang baharu, pemohonan pentas kekal di dalam dewan, pemohonan kanvas baharu dan pemohonan tikar getah untuk asrama sekolah.

Laporan kewangan dibentangkan oleh Timbalan Bendahari PIBG, Cg. Drahman bin Kahar. Melalui laporan itu, jumlah keseluruhan kewangan pada awal Tahun 2017 ialah RM7030.64

Agenda seterusnya ialah pengesahan minit mesyuarat Tahun 2016. Minit mesyuarat itu dibacakan oleh Cikgu Alifarizal bin Sahak. En.Suliman bin Yahya membangkitkan permohonan bangunan sekolah baharu agar dipohon semula pada tahun ini. Untuk Gerak Gempur, murid yang mendapat 3A dan lulus (kecuali gred D) akan diberi plat sebagai penghargaan.

Undian Pemilihan AJK PIBG

Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2017 hingga 2019 ialah seperti berikut.
YDP PIBG : Pgn Hj Abd Kadir B Haji Harun
Timbalan YDP PIBG : En Sharin Bin Dahlan
Setiausaha : Suraya Binti Serudin
Timbalan Setiausaha : Mohd Amiruddin Bin seri
Bendahari : Tan Kan Tsai
Timbalan Bendahari : Dayangku Rinawati
Juruaudit Dalaman : Emelyn Emanuel

Wakil-wakil Kampung (KSIB)
Kpg Gelapas : Ibrahim
Kpg Balai : Morshidi
Kpg Masjid : Dygku Noriah
Kpg Tengah : Aisah
Kpg Dato : Dygku Rahimah
Kpg pgn Karta : Abu Bakar
Kpg Seberang : Awgku Mohd Yatim
Kpg Ranau Baru : Dennis
Kpg Benganga : Lasung Pur
Kpg Tanjung Hujung Gelapas : Dygku Norlida
Perumahan Gelapas : Saidi

Cadangan Aktiviti PIBG 2017
Mesyuarat mencadangkan untuk membuat gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekolah, membaiki tandas dan mengecat bilik darjah.

Guru besar mencadangkan hari PIBG dan Sukan Tahunan Sekolah. AJK akan dipanggil untuk bermesyuarat pada suatu tarikh selepas UPSR. Hari PIBG akan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam. Cadangan aktiviti karaoke pada sebelah malamnya.

Cg. Tan mencadangkan Fitness Station dibina secara gotong-royong. Fitness Station ini diperlukan oleh pihak sekolah untuk mengajar Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan juga untuk mengajar sukan. Cadangan diterima di dalam mesyuarat.

Mesyuarat diteruskan dengan hal-hal lain. Sumbangan PIBG ditetapkan sebanyak RM15  sekeluarga per tahun di dalam mesyuarat di mana ramai mengundi sumbangan sebanyak RM15.

Murid yang berjaya lulus penuh di dalam UPSR akan diberi RM50 sebagai pengiktirafan. Murid yang dapat 3A akan diberi insentif sebanyak RM150; 4A, RM200; 5A, RM250 dan 6A, RM300.

Lawatan selepas UPSR dicadangkan. Lawatan dibuat bersama ibu bapa. Perbelanjaan ibu bapa ditanggung sendiri. Mesyuarat bersetuju dengan lawatan itu. Kutipan akan dibuat untuk menampung perbelanjaan lawatan itu.

Dilaporkan Oleh: Tan Kan Tsai