SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1445H PERINGKAT DAERAH LAWAS 2023


28 September 2023
- SK Trusan telah menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1445H tahun ini yang diadakan di Dataran Awam Lawas. Perarakan yang bermula sekitar jam 9 pagi itu telah disertai oleh 56 pasukan dari pelbagai kategori. SK Trusan meneyertai untuk kategori C iaitu Sekolah Menengah dan Rendah yang melibatkan penyertaan 8 buah sekolah rendah dan 3 pasukan sekolah menengah.

    Ini adalah penyertaan pertama SK Trusan selepas sambutan ini tertangguh selama 3 tahun akibat pandemik Cobit-19 pada tahun 2020. Pada sambutan 2022, SK Trusan tidak menyertai atas sebab-sebab tertentu.

        Untuk penyertaan kali ini SK Trusan menyertai pertandingan sepanduk dan perbarisan. Ini melibatkan penyertaan yang terdiri daripada 26 orang murid dan 18 orang gabungan guru serta AKP.  Perarakan bermula dari Dataran Awam Lawas dan berakhir di Taman Awam Lawas di ketuai olah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tangah Ali Hasan. 


Laporan Oleh :
Cikgu Moktar bin Jaman
PKK SK Trusan

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2023

 

15 September 2023 - Majlis penutupan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah SK Trusan Lawas telah disambut meriah dikalangan warga sekolah. Majlis yang diadakan di dewan Pengeran Datuk Hj. Mohamad itu telah berlangsung dengan meriah dengan pelbagai aktiviti melibatkan semua murid dan warga sekolah. Antara lain aktiviti menarik pada hari tersebut ialah pertandingan peragaan pakaian kebangsaan PraSekolah dan murid Tahap 1, pertandingan mendeklamasikan sajak petriotik dan pertandingan nyanyian lagu patriotik untuk Tahap 2. Sebelum itu pada hari berasingan iaitu pada 31 Ogos 2023

pula telah diadakan pertandingan Mewarna Tahap 1 dan PraSekolah dan juga pertandingan menyusun Jigsaw Puzzles Online yang dikhususkan untuk pelajar tahap 2 sahaja. Sambutan kali ini dibuat secara bersemuka dan melibatkan lebih ramai murid untuk menyertai. Pada tahun 2022 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, semua pertandingan yang dianjurkan hanya dibuat secara atas talian.

    Dalam ucapan penangguhan majlis, Guru Besar Encik Abdul Rahaman bin Abit menegaskan tentang peripentingnya para pelajar untuk diterapkan semangat cintakan negara bagi memastikan genarasi baharu ini boleh memahami dan menghayati tentang erti kemerdekaan dan semangat perpaduan dikalangan masyarakat dalam Malaysia. Beliau juga berharap aktiviti-aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan dan dilaksanakan pada masa akan datang.
    Pada anjuran kali ini semua pertandingan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Penyertaan murid dalam pertandingan sajak dan nyanyian terpaksa dibuat tapisan untuk memastikan hanya beberapa orang sahaja yang dibawa ke pertandingan akhir. Sementara pertandingan Jigsaw Puzzle telah menerima 48 penyertaan dari tahap 2. Begitu juga pertandingan peragaan pakaian yang sangat mendapat sambutan dari pelajar tahap 1 dan Prasekolah. Pada majlis itu juga sebahagian ibu bapa telah turut hadir untuk menyaksikan dan memeberi sokongan kepada anak-anak mereka yang menyertai pertandingan. Dengan kehadiran ibu bapa ini juga turut sama menambah kemeriahan majlis sambutan pada hari tersebut.

Majlis sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 pada kali ini adalah anjuran bersama Unit Kokurikulum Sekolah dan Panatia Sejarah SK Trusan.


Laporan disediakan oleh;
Cikgu Moktar bin Jaman
PKKK SK Trusan