Majlis Perpisahan Sahbarina | Semoga Maju Jaya!

Majlis Perpisahan telah diadakan di Rumah Hasna (banting) pada hari ini (24 Mei 2023)

Sahbarina (PT) SK Trusan yang telah berkhidmat dan menabur bakti selama 3 Tahun lebih di sekolah ini telah mendapat tawaran untuk berpindah dan terus berkhidmat di PPD Lawas.

Beliau merupakan seorang pegawai yang cemerlang dan ringan tulang menjayakan apa sahaja aktiviti dan program yang diadakan di sekolah. Perpindahan beliau merupakan satu kerugian kepada pihak sekolah.

Terima kasih, Sab.

Semoga maju jaya di stesen baharu.


Dilaporkan Oleh:

Tan Kan Tsai

Penyelaras Laman Web Rasmi

SK Trusan

24 Mei 2023





Kejohanan Catur MSSD 2023

Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera

Ucapan penghargaan dan terima kepada Cikgu Mathuri atas usaha menjayakan penyertaan peserta sekolah ke Kejohanan Catur MSSD 2023 di SK Luagan Sundar pagi tadi (23 Mei 2023). Walaupun waktu yg amat singkat dengan perubahan mendadak kita dapat juga menyertai.

Peserta kita dapat memberi saingan dalam 5 pusingan dengan 2 menang, 2 seri Dan 1 kalah (Ilham), 1 menang, 2 seri, 2 kalah (Norhaziman). 

Teruskan usaha dan kita bersedia untuk Kejohanan lain akan datang.


Terima kasih


Dilaporkan oleh: 

Moktar bin Jaman

Penolong Kanan Kokurikulum

SK Trusan

23 Mei 2023




Jom Baca Bersama SK Trusan!


Tarikh: 18 Mei 2023 (Khamis)
Masa 11.00 pagi - 1110 pagi

Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan satu inisiatif KPM untuk menerapkan minat dan budaya membaca dalam kalangan murid-murid sekolah. Program ini sangat berfaedah kerana murid-murid sekarang jarang membaca buku. Oleh yang demikian, melalui program seperti ini, murid-murid digalakkan untuk membaca bersama bahan bacaan yang mereka minati selama 10 minit. 

Beberapa orang murid didapati ingin terus sambung membaca selepas tempoh 10 minit ini tamat. Dan sesetengah murid juga berhasrat untuk meminjam buku yang mereka sedang baca itu supaya mereka dapat menghabiskan cerita itu.

Pada pendapat saya, membaca adalah sesuatu yang menyeronokkan tetapi bahan bacaan itu haruslah sesuai dengan minat dan citarasa pembaca itu. Bukan semua orang suka membaca cerita pengembaraan dan bukan semua orang suka rakyat.

Jadi, carilah bahan bacaan yang kita minati.

Dilampirkan adalah gambar-gambar Program Jom Baca Bersama SK Trusan.


Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai (19 Mei 2023)

Tetap Gagah Walaupun Tidak Belurih... Bola Tampar Lelaki 12TKB

 

Seramai 8 orang murid telah menyertai Pertandingan Bola Tampar Peringkat Daerah Lawas yang diadakan pada 18 Mei 2023. Peserta-peserta ini telah melakukan yang terbaik dalam pertandingan ini, tetapi tidak berjaya memperoleh sebarang kejayaan kerana kurangnya latihan. Ini adalah disebabkan cuaca panas yang menjadi halangan kepada pihak sekolah dalam menjalankan sebarang latihan.

Tahun depan, kita cuba lagi!

Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai (19 Mei 2023)