Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2016


Majlis anugerah merupakan satu aktiviti yang diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf murid-murid yang telah berusaha keras sepanjang tahun 2016.

Pada hari yang meriah ini, murid- murid telah hadir ke sekolah seawal pukul 0630. Murid-murid amat bersemangat dan tidak sabar untuk menerima hadiah dan anugerah mereka.
Murid-murid Tahun 6 bergaya untuk mengambil gambar
Majlis ini sebenarnya dirancang untuk bermula pada pukul 0830. Namun, disebabkan semua penerima dan ibu bapa telahpun sampai di dewan Dato Pengiran Mohamad, maka majlis telah dimulakan pada pukul 0820.

Bengkel Pentadbiran VLE FROG


Guru Penyelaras Bestari daripada setiap sekolah di Lawas telah berkumpul di PKG Lawas pada 22 September 2016 dari 0800 hingga 1700 untuk mempelajari lebih lanjut tentang VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT FROG ini.

Bengkel ini lebih banyak menyentuh tentang tugas penyelaras 1bestarinet sekolah. Gambar berikut merumuskan secara ringkas tugas penyelaras 1bestarinet.
Tugas admin VLE

Peserta bengkel juga diajar serta diminta untuk membina SITE Pengajaran dan Pembelajaran. Pelbagai tunjuk ajar telah diberikan semasa bengkel ini. Antaranya, cara mengaktifkan semula akaun admin yang tidak aktif akibat tidak digunakan untuk suatu tempoh masa yang lama. Helpdesk 1bestarinet ialah 0187998787.

Dilaporkan Oleh: Tan Kan Tsai


Cambridge ICT Startet Course (CIS)



Cambridge ICT Starter Course (CIS) telah dilaksanakan oleh pihak Danawa Education. Kursus ini dijalankan selama 3 hari. Seramai 42 orang murid dan 10 orang guru daripada 10 buah sekolah di sekitar Lawas telah terlibat dalam kursus ini.

Kursus selama tiga hari ini telah meliputi 3 modul iaitu:
1. Starting with Text
2. Starting with Images
3. Starting with Graph

Setiap modul itu dipelajari oleh murid-murid secara hands-on. Selepas sesi pembelajaran itu, murid-murid ditaksir. Sekiranya mereka lulus dalam pentaksiran itu, mereka akan mendapat sijil bertaraf antarabangsa daripada Cambridge Education.

Dialog Prestasi UPSR Tahun 6 - Ogos 2016

Dialog Prestasi di PSS SK TRUSAN
Tarikh: 4 Ogos 2016
Tempat: Pusat Sumber, Sk Trusan
Masa; jam 1400 - 1600

Dialog prestasi ini dijalankan untuk guru-guru melihat dan menganalisis pencapaian murid-murid Tahun 6 dalam Ujian Percubaan UPSR yang lepas.

Siti Jaliha Bt Wahap, penolong kanan 1 mengucapkan tahniah kepada guru-guru kerana terdapat peningkatan dalam pencapaian murid-murid dalam Ujian Pra UPSR.


Pelan Tindakan



  1. Kelas Aspirasi Tahun 6 diteruskan namun murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan agar bimbingan berfokus dapat diberikan.
  2. Murid-murid diberi latih tubi.


Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai

Majils Ramah Tamah Aidilfitri dan Perpisahan PPM Cik Rozeana bt Pukol

Menunggu ketibaan GB baharu

Jumaat, 15 Mei 2016. Satu majlis ramah tamah Aidilfitri dan perpisahan ppm sekolah Cik Rozeana binti Pukol telah diadakan oleh warga Sekolah Kebangsaan Trusan. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna SK. Trusan pada jam 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Hafizuddin bin Khairuddin. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Guru Penolong Kanan HEM En. Madini bin Masri. Setelah itu, diadakan acara penyampaian hadiah kepada Cik Rozeana binti Pukol yang akan berpindah dan berkhidmat di SK. Ba' Kelalan.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


Tanggal 16 Mei 2016, warga Sekolah Kebangsaan trusan telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Acara dimulakan dengan senamrobik yang dipimpin oleh Cikgu Arika Wira, Cikgu Doris dan Ustaz Amiruddin. Aktiviti sambutan Hari Guru diteruskan lagi dengan sukaneka antara guru dan murid. Aktiviti ini dikendalikan oleh Cikgu Drahman Kahar dan Cikgu Tan Kan Tsai.

Seterusnya, sambutan ini diteruskan dengan  majlis formal yang diadakan di Dewan Dato Pangiran Mohamad. Acara dimulakan dengan bacaan doa, kemudian ucapan oleh wakil murid. Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan oleh guru dan murid-murid. Sambutan ini berakhir pada pukul 11.40 pagi. Seluruh warga SK Trusan mengucapakan SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidik.

Dilaporkan oleh: Ustaz Amirudin

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)


Kem Membaca 1 Malaysia telah dilaksanakan pada 4 dan 5 April 2016.

Pada 4 April 2016 (Isnin), aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Pertandingan mewarna, melukis poster dan wordsearch.

Pada 5 April 2016, bacaan serentak pula telah dilaksanakan.

JOHAN PERTANDINGAN CATUR DAERAH LAWAS

JOHAN; LARRY LIBAT (TAHUN 5, 2016)

Bakat bermain Catur Larry memang terserlah sejak beliau berada di Tahun 4 lagi apabila beliau mendapat johan dalam Pertandingan Catur dalam Karnival Kokurikulum dan Asrama 2015.

Larry merupakan satu-satunya peserta yang dihantar oleh SK Trusan untuk menyertai pertandingan catur pada 22 Mac 2016.

Tidak disangka beliau telah berjaya mendapat johan dalam pertandingan ini.

Majlis Aku Janji dan Penetapan Target Tahun 6, 2016


Pada 24 Mac 2016, Sekolah Kebangsaan Trusan telah mengadakan Majlis Aku Janji dan Penetapan Target Tahun 6. Majlis ini diadakan bertujuan supaya murid-murid dapat menetapkan target ataupun keputusan yang ingin dicapai mereka bersama-sama dengan ibu bapa mereka.

Majlis ini bermula pada jam 0800 dengan ketibaan ibu bapa/ penjaga murid-murid Tahun 6. Pada jam 0900, majlis ini secara rasminya dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Moktar Jaman, Setiausaha PIBG SK Trusan.