Majils Ramah Tamah Aidilfitri dan Perpisahan PPM Cik Rozeana bt Pukol

Menunggu ketibaan GB baharu

Jumaat, 15 Mei 2016. Satu majlis ramah tamah Aidilfitri dan perpisahan ppm sekolah Cik Rozeana binti Pukol telah diadakan oleh warga Sekolah Kebangsaan Trusan. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna SK. Trusan pada jam 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Hafizuddin bin Khairuddin. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Guru Penolong Kanan HEM En. Madini bin Masri. Setelah itu, diadakan acara penyampaian hadiah kepada Cik Rozeana binti Pukol yang akan berpindah dan berkhidmat di SK. Ba' Kelalan.


Menerima cenderamata daripada Pra sekolah 2
Menetima cenderamata daripada SK Trusan

Majlis pada hari ini diserikan lagi dengan ucapan Guru  Besar SK Trusan yang baru,  En Suliman bin Haji Yahya. Setelah itu, 3 persembahan nyanyian lagu hari raya yang menarik telah dipersembahkan oleh murid -murid tahun 1,3,4&5 sebagai halwa mata dan telinga buat para hadirin. Setelah selesai persembahan, semua hadirin menjamu selera dengan hidangan dan juadah hari raya. majlis bersurai pada jam 11 pagi.
Ucapan GB baharu En Suliman bin Haji Yahya


Kami warga SK. Trusan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Rozeana atas khidmat bakti yang telah dicurahkannya kepada sekolah. Kami juga ingin mengalu alukan kedatangan Guru Besar SK. Trusan yang baru, En Suliman bin Haji Yahya. Semoga Sk Trusan akan lebih cemerlang dibawah kepimpinan tuan. Dikesempatan ini, kami warga SK. Trusan ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Dilaporkan oleh: Ustaz Amirrudin