Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014


Pada 20 November 2014, satu Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar telah dianjurkan secara gilang-gemilangnya olah pihak Sekolah Kebangsaan Trusan. Majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang telah bertungkus-lumus dan juga berusaha dalam mencapai pencapaian yang baik dan cemerlang dalam bidang akademik.

Maklumat Lanjut...

Disediakan oleh: Tan Kan Tsai & Moktar Bin Jaman

Kem Sukan 1 Murid, 1 Sukan

31 Oktober 2014 - 1 November 2014, Kem 1 Murid, 1 Sukan Sekolah Kebangsaan Trusan Tahun 2014 telah dianjurkan untuk memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai serta melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan mendedahkan mereka tentang Nilai Olimpik dalam Program Pendidikan (OVEP). 




Disediakan Oleh: Tan Kan Tsai

Lawatan Pra-UPSR oleh PPD Lawas

8 September 2014, Lawatan Pegawai Pendidikan Daerah Lawas (PPD) Encik Awang  @ Ibrahim bin Ahmat ke SK Trusan sebagai penyuntik semangat kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok. Beliau ditemani oleh pegawai-pegawai dari Jabatan yang turut sama memberi motivasi. Dalam pertemuan tersebut beliau mengharapkan para pelajar dapat menjawab dengan tenang dan bersungguh-sungguh. Beliau turut mendoakan agar semua pelajar mencapai kecemerlangan pada peperiksaan itu nanti.

Sambutan Bulan kemerdekaan Tahun 2014

29 Ogos 2014, Sambutan Hari Kemerdekaan ke57 di sini disambut mariah. Pelbagai acara diadakan sempena perayaan tersebut. Bermula dengan pemasangan bendera Malaysia dan Sarawak di sekitar sekolah seminggu lebih awal dan kemuncaknya dengan perarakan serta pertandingan basikal Patriotik pada 29 Ogos. Pertandingan ini telah menarik penyertaan ramai pelajar dan kemuncaknya ialah perarakan merdeka secara berkonvoi di sekitar Kampung Gelapas hingga ke Kampung Pg. Dato Mohamad.

Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2014


 8 Ogos 2014, Majlis sambutan perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2014 peringkat sekolah diadakan di gelanggang bola futsal SK Trusan. Sambutan kali ini lebih meriah dengan adanya kerjasama PIBG yang turut menyumbang dan menjayakan perayaan itu bersama pihak sekolah. Lebih 200 orang hadir pada majlis tersebut. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan doa dibacakan oleh Ustaz Hafizudin bin Hairudin.
Sumbangan : Cikgu Moktar bin Jaman

Guru Besar memyampaikan
cenderamata kepada penceramah
jemputan Ustaz Mazlan
Sambutan Nuzul Quran sempena Ramadhan Al-Mubarak peringkat sekolah telah diadakan pada 18 Julai 2014 ( Jumaat ). Sambutan dimulakan dengan bacaan Surah Yassin beramai-ramai di surau sekolah yang turut dihadiri oleh semua pelajar dan Guru Besar serta semua guru-guru beragama Islam di sekolah ini. Selepas  bacaan yasin juga turut diadakan ialah solat hajat bagi memohon kesejahteraan sekolah disamping memohon semoga para pelajar dapat kejayaan dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi nanti. Selain itu satu ceramah khas turut diadakan di Dewan Pengiran Dato Mohamad bersama penceramah jemputan khas dari SK Agama (MIS) Lawas Ustaz Mazlan. Para pelajar juga menyaksikan tayangan perdana filem singkat yang membawa mesej-mesej keagamaan. Program ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Trusan dengan kerjasama pihak sekolah dan Panitia-panitia lain.



Disediakan oleh : Cikgu Moktar bin Jaman

Sumbangan PIBG: Papan Tanda Keselamatan

YDP menyampaikan papan tanda
keselamatan kepada pihak sekolah
dan diterima sendiri oleh Cikgu Yusop
bin Hj. Sitam Guru Besar SK Trusan
Sebagai tanda kerjasama erat PIBG SK Trusan dengan pihak sekolah, PIBG telah mengadakan pelbagai aktiviti bersama pihak sekolah. Pada tahun 2013 yang lalu PIBG telah mengadakan Perayaan PIBG di sekolah ini. Mereka juga terlibat dalam penganjuran Majlis berkhatan beramai-ramai anjuran pihak sekolah pada akhir tahun 2014. Selain itu PIBG juga turut sama dalam menceriakan sekolah dengan penganjuran gotong-royong secara berkala bersama pihak sekolah. Baru-baru ini iaitu pada 24 Julai 2014 pihak PIBG telah menyerahkan sumbangan papan tanda keselamatan kepada pihak sekolah yang disampaikan sendiri oleh YDP Pg. Abdoll Kadir kepada Guru Besar Cikgu Yusop Hj. Sitam  di pejabatnya.  Ini bertujuan bagi membantu pihak sekolah terutama dalam memastikan keselamatan pelajar sentiasa menjadi keutamaan.

Maklumat Lanjut...

Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2014

Mesyuarat  Agung PIBG SK Trusan telah dilangsungkan pada 22 Jun 2014.  Mesyuarat berlangsung di Dewan Pengiran Dato Mohamad SK Trusan. Lebih 70 orang ibu bapa pelajar turut hadir. Mesyuarat bukan saja untuk memilih jawatankuasa baharu tetepi juga turut membincangkan tentang perancangan PIBG untuk membantu pembangunan dan perancangan sekolah pada masa depan. Dalam ucapan alu-aluan Yang Dipertua(YDP) turut menekankan tentang peripentingnya kerjasama berterusan antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam memastikan pelajar dapat pendidikan sempurna dan suasana kondusif di sekolah  dapat dinikmati oleh anak-anak kita di sekolah ini. Guru-guru perlukan sokongan ibu bapa dalam mereka melaksanakan tugas mendidik kerana tanpa sokongan ibu bapa mereka sendiri sudah pasti tidak dapat melaksanakan amanah itu dengan sempurna. Dengan ada hubungan erat antara keduanya, apa saja yang dirancang untuk kebaikan sekolah akan dapat dijalankan, dan infaknya nanti sudah pasti kepada pelajar itu sendiri serta memberi  keuntungan kepada ibu bapa mereka.  Kejayaan mereka bererti kejayaan Ibu Bapa juga.


Disediakan oleh : Cikgu Moktar bin Jaman