Program Guru Penyayang: Musibah Kebakaran



Pada 01hb Oktober 2015, kira-kira jam 0425- musibah kebakaran telah menimpa keluarga Ehsan Ezsany (D5) dan Hamsah Hamsani (D3). kebakaran ini telah mengakibatkan kemusnahan 2 buah rumah serta kematian seorang warga emas.

Warga Sk Trusan, meluahkan rasa simpati yang tidak terhingga kepada keluarga mangsa kebakaran. Satu lawatan ke rumah mangsa telah diadakan pada hari ini, 2hb Oktober 2015 pada kira-kira pukul 11pagi.

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2015

Ringkasan Aktiviti

Hari Pertama



Khamis (15/10/15)
Aktiviti
0720 – 0800
Pendaftaran
0800 – 1000
Kem Kraf
Ucap Tama
Taklimat Komanden Kem
1000 – 1030
Rehat
1030 – 1230
Orientasi – LDK 1
1230 – 1400
Makan Tengahari / Solat Zohor
1400 – 1545
Tali Temali
1545 – 1615
Rehat
1615 – 1800
Membina Gajet
1800 – 2000
Persiapan diri
Makan malam
Solat Magrib & Isyak
2000 – 2200
LDK 2



Aktiviti pada hari ini bermula pada pukul 8 pagi, iaitu selepas pendaftaran para peserta perkhemahan. Aktiviti bermula dengan ucapan daripada Cikgu Yusop Bin Sitam, guru besar SK Trusan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan penghargaan beliau yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam penganjuran perkhemahan ini kerana aktiviti seperti ini dapat meningkatkan jati diri dan kemahiran murid-murid di samping menanam nilai-nilai murni dalam kalangan mereka.
Ucapan oleh Yusop bin Sitam, GB SK Trusan
Selepas ucapan guru besar, komanden kem iaitu Ustaz Hafizzudin telah memberikan taklimat kepada para peserta berkaitan dengan peraturan dan juga keselamatan yang perlu diambil perhatian sepanjang perkhemahan ini.

Hari Kecergasan 2015


Hari Kecergasan telah diadakan di peringkat SK Trusan pada 9 Oktober 2015.

Seperti saban hari, murid-murid hadir ke sekolah pada pukul 0700 dan melibatkan diri dalam aktiviti bacaan yasin bagi murid-murid muslim, sementara murid-murid bukan-muslim mempunyai aktiviti "Christian Students' Gathering".

Sambutan Hari Malaysia 2015


16 September merupakan satu hari keramat kerana pada tarikh inilah Gagasan Malaysia dibentuk apabila Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu.
Bagi mengingati tarikh yang penting ini, pada 15 September 2015, KRT KPG. Masjid, KRT KPG. Gelapas dan KRT KPG. Tengah bersama-sama dengan Sekolah Kebangsaan Trusan dan PIBG SK Trusan telah berganding tangan mengadakan sambutan Hari Malaysia secara besar-besaran.

Lawatan Kesihatan Pergigian 2015


Sepanjang 1 minggu (27 - 31 Julai 2015), SK Trusan telah didatangi serombongan pegawai pergigian. Pelbagai perkhidmatan pergigian telah diberikan secara percuma kepada murid-murid sekolah. Antaranya ialah pemeriksaan gigi, demonstrasi cara memberus gigi dengan betul dan sebagainya.

Terima Kasih diucapkan kepada pegawai pergigian.

Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai

Penerimaan Laptop 1 Malaysia

GB dan Cg. Tan menerima 41 buah Laptop 1Malaysia
23 Jun 2015- Pada jam 1000, sebanyak 41 buah laptop 1Malaysia telah tiba di SK trusan. Laptop ini telah diterima oleh Cikgu Yusop Bin Sitam, Guru Besar SK Trusan dan Cikgu Tan Kan Tsai, Guru ICT SK Trusan.

Program Berdundun LINUS

Guru-guru sedang mendengar taklimat

Program ini telah diadakan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Lawas pada 22 Jun 2015 bertempat di SJK (c) Chung Hua, Trusan. Sebanyak 4 buah sekolah iaitu SK Trusan, SJKC Chung Hua Trusan, SK Siang Siang dan SK Kampung Lintang telah hadir ke program ini. Program selama 2 jam ini bertujuan untuk mendedahkan guru-guru tentang penggunaan Template Data LINUS. 


LADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Tarikh: 17 & 18 Jun 2015
Tempat: Bilik Guru SK Trusan

LADAP INI telah disampaikan oleh Cikgu Tan Kan Tsai selama 4 jam (iaitu 2 jam pada 17 Jun dan 2 jam lagi pada 18 Jun.

Dalam LADAP ini taklimat umum KSSR, DSKP TMK Tahun 6 telah disampaikan. Di samping itu, bengkel tentang algorithma, pseudokod, carta alir dan Scratch juga telah disampaikan.

Sambutan Hari Guru 2015


Backdrop Sambutan Hari Guru 2015- rekaan Alifarizal

Pada tahun ini, guru-guru telah menerima hadiah yang cukup besar dan bermakna daripada murid-murid SK Trusan apabila mereka berjaya menganjurkan Sambutan Hari Guru ini untuk guru-guru yang  mereka sayangi.

Saban tahun, Sambutan Hari Guru dianjurkan oleh guru-guru untuk guru-guru sendiri. Tetapi tahun ini mereka hanya perlu duduk dan menikmati sambutan yang dirancang, dilatih dan dilaksanakan oleh murid-murid sendiri.

Guru-guru berasa cukup gembira dan bangga terhadap murid-murid SK Trusan kerana kejayaan perlaksanaan Sambutan Hari Guru ini menunjukkan bahawa mereka telah matang dan mempunyai kemahiran kepimpinan, pengurusan dan kerjasama yang tinggi.


Bacaan lanjut...

Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Demontrasi Alat Pemadam Api

Majlis Perasmian Taklimat Keselamatan Kebakaran

Pada 26 Mei 2015, satu Taklimat Keselamatan Kebakaran telah diadakan oleh Sekolah Kebangsaan Trusan bagi menerangkan kepada murid-murid tentang bahayanya api dan langkah-langkah keselamatan kebakaran.


Ketibaan Pegawai Bomba dan Penyelamat
Pada tepat pukul 8.30 pagi, satu rombongan bomba dan penyelamat seramai enam orang telah tiba di dataran Sekolah Kebangsaan Trusan. Rombongan yang tiba dengan sebuah kereta pacuan empat roda dan sebuah jentera Bomba dan Penyelamat, cukup menggemparkan murid-murid SK Trusan. Mereka cukup seronok melihat ketibaan rombongan ini yang terdiri daripada 6 orang pegawai.

Klik di sini untuk Bacaan lanjut...

Liga Bola Baling SK Trusan (LBBST)

Laporan Perlawanan 18 Mei 2015
Liga Bola Baling SK Trusan diteruskan semalam menyaksikan 4 perlawanan berlangsung. Rumah Biru terus menguatkan cengkaman di takhta liga menafikan lawan dengan bergaya menewaskan rumah kuning dengan 3 gol berbalas 1. Pemain handalan mereka Zul Zalani Wal Ikram begitu tangkas memperdayakan lawan membuat serangan demi serangan merobek kubu lawan. Hantaran yang jitu dan balingan yang padu seakan membunuh penjaga gawang lawan hingga terpaksa berputih mata. Walaupun begitu, rumah kuning tetap dapat menerbusi benteng akhir rumah biru dan menyumbat satu gol sebagai menjaga maruah agar tidak pulang dengan karung kosong. Di wesel terakhir rumah biru berjaya membawa pulang 3 mata berharga bagi mengukuhkan lagi kedudukan dalam carta liga.

Sementara itu, rumah merah lelaki sudah mula mengatur gerak dan bangkit memberi persaingan di gelanggang. Kepulangan Mohd Hafiz Joll ternyata membawa rahmat selepas berehat dua perlawanan atas sebab tidak diketahui. Beliau yang jelas seperti mengamuk di atas gelanggang bertubi-tubi menguji gawang lawan. Mujurlah penjaga gawang rumah hijau mampu menidakkan serangan tersebut dan melepaskan 2 gol sahaja. Mohd Najib tidak mahu tenggelam dan muncul secara tiba-tiba menjadi penjaring menjadikan jaringan di minit 3 jaringan. Walaupun begitu, Hafiz Irfan sempat mengambil kesempatan atas kelekaan penjaga gawang rumah merah apabila berjaya menyumbat 1 gol melalui balingan jauh yang tidak sempat ditampan kemas AK Hakim yang akhirnya merubah jumlah balingan kepada 3 berbalas 1.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru 2015



"Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"
Tema hari guru, "Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak" cukup padan dengan tugas pendidik dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan jasmani. Insan yang seimbang dan holistik perlulah bukan sahaja mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) tetapi juga perlu mempunyai akhlak yang tinggi serta moral yang baik agar dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Pada 18 Mei 2015, satu majlis perasmian Hari Guru telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Trusan, serentak dengan Sambutan Hari Guru di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Majlis perasmian ini telah dilaksanakan secara kecil-kecilan sahaja. Berikut merupakan aturcara Majlis Perasmian Hari Guru Tahun 2015.

Kursus Penyebaran DSKP Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 6



Hasil Kerja Peserta Kursus Menggunakan Perisian Script

Kursus Penyebaran DSKP TMK Tahun 6 telah dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Lawas pada 13 dan 14 Mei 2015 bermula Jam 0800 hingga 1700. Kursus ini telah disampaikan oleh dua orang Jurulatih Utama Kebangsaan dari Kota Kinabalu, Sabah iaitu Pn. Christina dan Pn. Berta.

Secara ringkasnya, terdapat 6 slot dalam kursus ini seperti berikut.

Hari Pertama
0800 - 1000
Taklimat Umum KSSR
1030 - 1230
Taklimat DSKP Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1400 - 1500
Taklimat Pengaturcaraan dan Aplikasi Script
Amali/ projek Aplikasi Script
Hari Kedua
0800 - 1000
Amali/ projek Aplikasi Script
Pembentangan Script
1030 - 1230
Taklimat Rancangan Pengajaran Harian TMK
Amali/ menulis RPH
1400 - 1700
Pembentangan RPH
Taklimat Penilaian dan Pentaksiran

Di dalam kursus ini, kami telah mempelajari pengaturcaraan (programing) mudah yang mana akan diajarkan kepada murid-murid Tahun 6 pada tahun hadapan. Berikut merupakan salah satu projek pengaturcaraan yang dihasilkan oleh peserta kursus menggunakan perisian Scratch.

Klik di sini untuk maklumat lanjut...

Dilaporkan: Tan Kan Tsai

Kursus Penyebaran DSKP Reka Bentuk Teknologi Tahun 6

Hasil Kerja Peserta-peserta Kursus

Tarikh: 22 dan 23 April 2015
Tempat: Pusat Sumber SK Pusat
Anjuran: Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) Lawas


Cikgu Tan Kan Tsai telah menghadiri kursus ini pada 22 dan 23 April 2015 dari Jam 0800 hingga Jam 1600. Kursus yang begitu menarik ini telah disampaikan oleh Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK), Hj Khairuddin Razali dan Hj Mohd Isa Idris.

Klik di sini untuk maklumat lanjut...

Taklimat Aplikasi i-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Murid-murid mempelajari i-Think
Panitia Sains di bawah bimbingan Cikgu Emlly telah Berjaya melaksanakan Taklimat Apliksi i-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 
Murid seronok mempelajari i-Think
Pada jam 1010, murid-murid tahun 4, 5 dan 6 telah berkumpul di Dewan Dato Pengiran Mohammad Sekolah Kebangsaan Trusan untuk mendengar taklimat Aplikasi i-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Taklimat ini disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan dan inovasi, Cikgu Tan Kan Tsai.
Disediakan oleh: Tan Kan Tsai 

PBS PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5

Setelah 5 minggu murid-murid mempelajari Gimnastik Asas (seperti Pergerakan Asas, Gimnastik Asas, Pergerakan Kreatif dan Pergerakan Berirama) dalam Pendidikan Jasmani Tahun 5, satu pentaksiran telah dilaksanakan bagi menilai dan mentaksir Tahap Penguasaan (TP) mereka.
Murid-murid ini telah mempamerkan persembahan yang menarik (walaupun masih terdapat kekurangan).



Klik di sini untuk menonton video/evidens.....

MESYUARAT PENGURUSAN ASET BIL 1/ 2015

Pada 26 Mac 2015, Mesyuarat Aset Bilangan 1/ 2015 telah diadakan bagi membincangkan tentang hal-hal berkaitan dengan aset sekolah. Mesyuarat ini telah bermula pada pukul 2 petang bertempat di Dewan Dato Pengiran Mohammad Sekolah Kebangsaam Trusan.

Keterangan Lanjut...

Disediakan Oleh: Tan Kan Tsai