Sambutan Hari Malaysia 2015


16 September merupakan satu hari keramat kerana pada tarikh inilah Gagasan Malaysia dibentuk apabila Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu.
Bagi mengingati tarikh yang penting ini, pada 15 September 2015, KRT KPG. Masjid, KRT KPG. Gelapas dan KRT KPG. Tengah bersama-sama dengan Sekolah Kebangsaan Trusan dan PIBG SK Trusan telah berganding tangan mengadakan sambutan Hari Malaysia secara besar-besaran.


Terdapat pelbagai aktiviti telah diadakan sempena sambutan Hari Malaysia ini, iaitu:
  1. Pertandingan mewarna kanak-kanak tahap 1
  2. Pertandingan melukis poster kanak-kanak tahap 2
  3. Pertandingan basikal berhias kanak-kanak (terbuka)
  4. Pertandingan pakaian beragam kanak-kanak (terbuka)
  5. Pertandingan deklamasi sajak/ puisi kanak-kanak tahap 2
Semua aktiviti ini diadakan adalah bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak serta warga Trusan.
Ringkasan aturcara sambutan Hari Malaysia


0700
Kanak-kanak berkumpul di Dewan Besar Trusan

Kanak-kanak yang pertandingan basikal berhias berkumpul di SK Trusan
0745
Perarakan basikal berhias ke Dewan Besar Trusan.
0800
Ketibaan tetamu jemputan
0815
Majlis sambuatan hari Malaysia bermula
·         Nyanyian lagu Negaraku
·         Doa
·         Ucapan alu-aluan pengerusi KRT Kampung Masjid
·         Ucapan perasmian oleh tetamu jemputan
·         Persembahan koir murid-murid Tahun 5
0915
Pertandingan deklamasi sajak/ puisi
1015
Pertandingan pakaian beragam
1115
Penyampaian hadiah
1200
Cabutan bertuah
1230
Bersurai
Berikut adalah beberapa sedutan semasa sambutan Hari Malaysia ini. 

















Ringkasan laporan oleh: Tan Kan TSai