Hari Kecergasan 2015


Hari Kecergasan telah diadakan di peringkat SK Trusan pada 9 Oktober 2015.

Seperti saban hari, murid-murid hadir ke sekolah pada pukul 0700 dan melibatkan diri dalam aktiviti bacaan yasin bagi murid-murid muslim, sementara murid-murid bukan-muslim mempunyai aktiviti "Christian Students' Gathering".


Pada pukul 0750, murid-murid mula berkumpul di padang besar SK Trusan untuk aktiviti yang pertama iaitu, Senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Tan Kan Tsai.


Kemudian, Hari Kecergasan ini diteruskan dengan pertandingan bola beracun antara rumah sukan pada pukul 0830. Pertandingan ini disertai oleh murid-murid tahap 1. Boleh beracun ini dimenangi oleh Rumah Merah.

Murid-murid direhatkan selepas pertandingan bola beracun pada pukul 0900.

Kemudian pada pukul 0920, tibalah giliran murid-murid tahap 2 untuk beraksi. Murid-murid lelaki berpeluang untuk bermain bola sepak dengan pasukan bola sepak guru dan staf SK Trusan. Manakala, murid-murid perempuan pula bermain bola jaring dengan guru-guru dan staf perempuan SK Trusan.

Hari Kecergasan ini berakhir pada pukul 1130 iaitu selepas cabutan bertuah pada pukul 1030.

Gambar-gambar lain.
























Laporan ringkas oleh: Tan Kan Tsai