Penerimaan Laptop 1 Malaysia

GB dan Cg. Tan menerima 41 buah Laptop 1Malaysia
23 Jun 2015- Pada jam 1000, sebanyak 41 buah laptop 1Malaysia telah tiba di SK trusan. Laptop ini telah diterima oleh Cikgu Yusop Bin Sitam, Guru Besar SK Trusan dan Cikgu Tan Kan Tsai, Guru ICT SK Trusan.

GB dan Cg.Tan sedang menandatangani dokumen penerimaan

Prosedur penerimaan 41 buah Laptop 1 Malaysia sedang dilakukan
Dokumen penerimaan laptop 1 Malaysia telah ditandatangani oleh Cg. Tan dan Cg. Yusop Bin Sitam. Selepas itu, kerja-kerja penyimpanan laptop ini telah dilakukan oleh Cg. Tan, Cg Alifarizal dan Cg. Madini bin Masri.
Laptop disimpan di dalam almari besi yang dibekalkan
Laptop-laptop ini disimpan di dalam almari besi yang telah dibekalkan serta dikunci. Pengujian laptop-laptop ini akan dilakukan selepas kesemua 41 buah laptop itu dicas selama 8 jam.


Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai


Gambar-gambar lain.
Cikgu Tan menunjukkan laptop yang diterima

Laptop 1 Malaysia

Mula menyambung Adaptor laptop dan menyimpan laptop

Cg Madini membantu membuka kotak dan mengeluarkan laptop