Program Berdundun LINUS

Guru-guru sedang mendengar taklimat

Program ini telah diadakan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Lawas pada 22 Jun 2015 bertempat di SJK (c) Chung Hua, Trusan. Sebanyak 4 buah sekolah iaitu SK Trusan, SJKC Chung Hua Trusan, SK Siang Siang dan SK Kampung Lintang telah hadir ke program ini. Program selama 2 jam ini bertujuan untuk mendedahkan guru-guru tentang penggunaan Template Data LINUS. 


Semasa program ini, kami telah mencuba template tersebut bagi memastikan bahawa kami telah betul-betul faham penggunaannya. Selain itu, perkongsian maklumat dan pengalaman mengajar dan melaksanakan LINUS telah diadakan.
Cikgu Tan tengah berbincang dengan Pn. Shalina tentang LINUS
Program ini berakhir pada pukul 4 petang.


dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai