Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2016


Majlis anugerah merupakan satu aktiviti yang diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf murid-murid yang telah berusaha keras sepanjang tahun 2016.

Pada hari yang meriah ini, murid- murid telah hadir ke sekolah seawal pukul 0630. Murid-murid amat bersemangat dan tidak sabar untuk menerima hadiah dan anugerah mereka.
Murid-murid Tahun 6 bergaya untuk mengambil gambar
Majlis ini sebenarnya dirancang untuk bermula pada pukul 0830. Namun, disebabkan semua penerima dan ibu bapa telahpun sampai di dewan Dato Pengiran Mohamad, maka majlis telah dimulakan pada pukul 0820.

Ucapan alu-aluan En. Suliman Bin Yahya, GB SK Trusan
Guru besar menasihati murid-murid Tahun 6 supaya teruskan usaha dan belajar rajin-rajin untuk masa hadapan.
Ucapan wakil murid, Aizayatul Amira Binti Hj Japri, Ketua Pengawas 2016

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengiran Abdul Kadir Bin Pengiran Hj Haron, YDP PIBG.
Ucapan YDP PIBG

Pelbagai anugerah telah diberikan kepada murid-murid seperti lulus penuh, terbaik mata pelajaran dan jawatan-jawatan utama yang disandang dalam kelab dan persatuan. Namun terdapat 3 anugerah khas yang utama iaitu Anugerah Terbaik UPSR, Anugerah Cemerlang Kokurikulum dan Anugerah Murid Contoh.

Anugerah Terbaik UPSR diberikan kepada Aliya Amira Binti Moktar dengan pencapaiannya 3A dan 3B.
Aliya Amira Binti Moktar; Terbaik UPSR

Anugerah Cemerlang Kokurikulum telah dianugerahkan kepada Mohamad Saimie Bin Mohamad Ridzuan. Beliau telah mewakili Bahagian Limbang dalam sukan bola sepak ke peringkat Negeri Sarawak.
Mohd Saimie; Cemerlang Kokurikulum

Anugerah utama pada Tahun 2016, Anugerah Murid Contoh telah dianugerahkan kepada Aizayatul Amira Binti Japri. Beliau merupakan ketua pengawas SK Trusan yang mempunyai kepimpinan serta displin yang tinggi. Sentiasa menjalankan tugasnya dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Aizayatul Amira; Murid Contoh

Selain itu, beliau juga merupakan Olahragawati SK Trusan Tahun 2016 yang telah meraih 4 Emas dan 1 Perak dalam Sukan Tahunan SK Trusan Tahun 2016.

Beliau juga seimbang dalam bidang akademik iaitu sentiasa berada dalam kedudukan 5 teratas dalam gerak gempur yang dijalankan di sekolah.

Gambar-gambar lain
Bersedia untuk menerima anugerah lulus penuh
Pengerusi kelab BM
Pengerusi Kelab BI
Pengerusi Majlis dan AJK Siaraya
Persembahab terakhir daripada pelajar Tahun 6 2016
Murid-murid Tahun 6 2016

Tahun 6 2016




Persembahan... video... hayatilah