Kejohanan dan Latihan Balapan dan Padang MSSRD Lawas 2017


Kejohanan Balapan dan Padang MSSRD Lawas 2017 telah dijalankan pada 22 - 24 Februari 2017. Sekolah Kebangsaan Trusan telah menghantar seramai 23 orang atlet untuk bertanding di dalam kejohanan ini.

Sepanjang kejohanan ini, Sekolah Kebangsaan Trusan telah berjaya mendapat 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa dengan jumlah kutipan mata sebanyak 28 mata, meletakkan SK Trusan pada kedudukan ke 14. 

Emas diperolehi Larry Libat Nelson dalam acara 80M Lari Berpagar dengan mencipta rekod baharu iaitu 13.50saat. Pingat Perak juga diraih Larry LIbat Nelson dalam acara Lompat Tinggi dengan lompatan setinggi 1.28m. Pingat Gangsa pula diraih oleh Nursyafiqah Binti Abdul Kassim.

Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang telah berlatih bersungguh-sungguh selama 1 bulan lebih serta telah menunjukkan semangat kesukanan yang cukup tinggi dan juga telah berjaya memungut mata untuk  Sekolah Kebangsaan Trusan. Terima kasih juga kepada jurulatih-jurulatih yang terlibat Tan Kan Tsai, Damit Mandi, Drahman Kahar, Suraya Binti Serudin, Yunizar Binti Mohamad dan Razali Bin Usin serta semua guru-guru yang turut memberi sokongan.

Latihan Balapan dan Padang akan dimulakan seawal 28 Mac 2017 dan dijalankan secara berterusan sepanjang tahun untuk menyediakan murid-murid bagi menghadapi Kejohanan Balapan dan Padang pada tahun hadapan.

Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai


Gambar-gambar semasa latihan