KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M)

Perasmian Kem Membaca 1 Malaysia

Pada 7 April 2017, Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) Peringkat Sekolah Kebangsaan Trusan 2017 telah dijalnkan. KM1M merupakan satu aktiviti tahunana Kementerian Pendidikan Malaysia. KM1M ini bertujuan mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.

Ucapan Perasmian GB SK Trusan
Pada tepat pukul 8 pagi, semua murid dan guru-guru serta staf SK Trusan telah berkumpul di Dewan Dato Pengiran Mohammad SK Trusan.

Kem ini telah dirasmikan oleh Cg. Suliman Bin Yahya, Guru Besar SK Trusan. Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan harapannya supaya amalan membaca ini dapat diamalkan murid-murid SK Trusan.

Kem Membaca ini diteruskan dengan aktiviti-aktiviti seperti persembahan bercerita Bahasa Melayu (oleh Ainna Farhana, Tahun 6), persembahan deklamasi sajak (oleh Jason Utom Tahun 6 dan Nur Syafiqah Thn 5), persembahan bercerita Bahasa Inggeris (oleh Sophea Dallyn, Tahun 5), persembahan nyanyian (oleh Fara Nadia, Tahun 6 dan Aidil, Tahun 5) dan aktiviti jom membaca.


Aktiviti Membaca

Pada pukul 10.10 pagi iaitu selepas rehat, kem ini diteruskan dengan pertandingan mewarna dan pertandingan melukis muka depan buku.

Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai


Gambar-gambar KM1M
Persembahan bercerita BM, Ainna Farhana
Persembahan Nyanyian
Cg.Siti membaca dengan muird
Guru-guru membaca bersama
GB khusyuk membaca
Murid2 membaca berpasangan
Aktiviti mewarna 1
Aktiviti mewarna 2
Mencipta kulit buku 1
Mencipta kulit buku 2
Mencipta kulit buku 3

Video clips KM1M