MTQSS KPM PERINGKAT SK TRUSAN 2017


13 April 2017, telah berlansung Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Sekolah Kebangsaan Trusan. Program anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Trusan ini bertujuan untuk menyemai rasa cinta terhadap Al-Quran dalam kalangan murid - murid. Selain itu ianya bertujuan untuk mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Program MTQ tahun ini mempertandingkan 4 acara iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Bercerita Kisah Nabi, dan Nasyid. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dimana semua acara dipertandingkan di dua venue. Pertandingan Hafazan Al-Quran dijalankan di Bilik Kelas Tahun 1. Manakala pertandingan Tilawah Al- Quran dan Bercerita kisah Nabi dijalankan di Dewan Dato' Pengiran Mohammad. 



Tepat jam 10.30 pagi, acara nasyid pula dipertandingkan di dewan Dato' Pengiran Mohammad. Seramai 6 buah pasukan nasyid menyertai pertandingan ini. Majlis Penangguhan MTQ SK Trusan 2017 dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Trusan Encik Pengiran Haji Abdoll Kadir bin Pengiran Harun. Majlis bersurai tepat jam 12.00 tengah hari. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu menjayakan majlis ini. 


Dilaporkan oleh : Mohd Amiruddin bin Seri

Gambar-gambar lain