Motivasi dan Klinik UPSR Bahasa Inggeris Tahun 6 2017

Rumusan Motivasi dan Klinik UPSR Tahun 6 2017

20 April 2017 - Motivasi dan Klinik UPSR Bahasa Inggeris Tahun 6 telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini telah dikendalikan oleh Madam Florida Engillia Sim, seorang penceramah yang sangat berpengalaman dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Bahasa Inggeris.


Pada pukul 7.30pagi, beliau telah tiba di SK Trusan dan telah bersedia untuk memberikan ceramah beliau. Pada tepat pukul 8pagi, beliau memulakan Ceramah Motivasinya dengan satu aktiviti "Refleksi Diri".





Dalam refleksi, murid-murid menjawab soalan-soalan seperti:
  1. What is English?
  2. Why I learn English?
  3. What I want from this course?
  4. My target in English in UPSR.
Kemudian mereka diberi peluang untuk membentangkan hasil kerja mereka. Dengan aktiviti ini, mereka berasa lebih yakin untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.




Aktiviti seterusnya ialah "chain whisper game". Ahli kumpulan yang pertama baca teks yang diberikan dan kemudiannya bisikan kepada ahli kumpulan yang seterusnya. Ahli kumpulan yang terakhir menulis semula teks tersebut. Murid-murid berasa seronok bermain permainan ini.







Implikasi "chain reading game" ialah supaya murid-murid faham bahawa Bahasa Inggeris penting dalam komunikasi. Mereka perlu tolong-menolong antara satu sama lain seperti di dalam permainan nanti.

Murid-murid membuat buku mini dan membuat refleksi tentang apa yang mereka telah belajar dalam sesi/aktiviti sebentar tadi.




Murid-murid berehat pada pukul 9.50pagi hingga 10.10pagi.

Pada pukul 10.10pagi, murid-murid mulakan dengan aktiviti "Walking Dictionary". Murid-murid pilih sebuah buku cerita setiap seorang. Kemudian mereka menyenaraikan perkataan-perkataan yang mereka tidak tahu. Mereka dikehendaki mencari makna perkataan itu dengan bertanyakan rakan-rakan yang lain.



Selepas iti barulah mereka disajikan dengan teknik-teknik menjawab soalan dan juga tips-tips UPSR.


Motivasi dan Klinik UPSR Tahun 6 2017 tamat pada pukul 12.40p.m.

Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai

Gambar-gambar lain