PROJEK PEMBUDAYAAN BAJA KOMPOS

Program Pembudayaan Baja Kompos


Baja kompos ialah baja organik yang dihasilkan daripada sisa tanaman, sisa makanan dan najis ternakan. Kesemua bahan ini akan akan disimpan di suatu tempat khas sehingga ia mereput. Baja kompos ini bersifat mesra alam kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau racun perosak. Oleh yang demikian proses ini dapat memelihara kesihatan dan memulihara alam sekitar.

Demi untuk membudayakan baja kompos di Sekolah Kebangsaan Trusan. Kelab Pals SK Trusan telah menjemput penceramah daripada pihak Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak untuk memberikan ceramah kepada pihak sekolah. Tujuan ceramah ini adalah untuk menyediakan warga sekolah dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan penghasilan baja kompos di sekolah.

TENTATIF PROGRAM

            Tarikh aktiviti : 27 Julai 2022

            7.20 pagi         : Warga sekolah berkumpul di Dewan

            7.30 pagi         : Ketibaan Pegawai NREB

            8.00 pagi         : Pengenalan Kelab Pals

            8.30 pagi         : Permainan Alam Sekitar

            9.00 pagi         : Envirohunt

            10.00 pagi       : Rehat

            10.30 pagi       : Ceramah Kompos

: Demonstrasi cara-cara membuat kompos

: Praktikal kompos

            11.30 pagi       : Majlis penutupan dan perlantikan pengawas PALS

                                    : Nyanyian Lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku

: Ucapan penutupan Guru Besar

                                    : Penyampaian hadiah kepada peserta

                                    : Pengumuman PALS Rangers/ Pengawas PALS

                                    : Penyampaian cenderamata kepada pegawai NREB

            12.30 tghari     : Jamuan


Laporan Ringkas

Pegawai NREB tiba di SK Trusan pada sekitar pukul 7.30 pagi. Pegawai-pegawai NREB telah disambut dengan mesra oleh warga SK Trusan. Mereka telah menandatangani Memorandum of Understanding (MoU)  dan mengisi buku pelawat.

Menandatangai MoU

Mengisi buku pelawat

Aktiviti pada hari ini dimulakan dengan Ceramah Pengenalan Kelab PALS yang disampaikan oleh Muhd Muzzanil B. Musthapa.

Ceramah Pengenalan Kelab PALS

Murid-murid mencatat nota semasa ceramah

Maksud logo Kelab PALS

Seterusnya, murid-murid terus dengan aktiviti permainan alam sekitar dan envirohunt yang diketuai oleh Cik Siti Hajar bt Wahab.

Fasilitator memperkenalkan diri

Permainan Alam Sekitar
Lagi! Permainan Alam Sekitar

Envirohunt: Terdapat 6 stesen yang perlu dilengkapi murid-murid dalam Envirohunt ini. Berikut merupakan beberapa gambar-gambar semasa aktiviti ini dijalankan.
Envirohunt

Envirohunt juga

Murid-murid berehat pada pukul 10 pagi hingga 10.30 pagi. Selepas makan, murid-murid diminta untuk mengumpulkan sisa-sisa makanan untuk dijadikan baja kompos.

Selepas rehat, tibalah acara utama program ini iaitu Ceramah Kompos dan Demonstrasi Kompos yang disampaikan oleh Encik Burhannudin Bin Suai.


Pada pukul 11.30 pagi, majlis penutupan telah dijalankan. Antara aktiviti utama semasa majlis penutupan adalah pengumuman Pals Rangers (atau Pengawas Pals) yang akan membantu guru-guru dalam pengurusan baja kompos dan rumah hijau serta aktiviti-aktiviti pemampanan alam sekitar yang lain. 

Diharap dengan adanya program seumpama ini, budaya penghasilan baja kompos ini dapat dijalankan sepanjang tahun di SK Trusan.

Laporan oleh: Tan Kan Tsai
Tarikh: 27 Julai 2022

Gambar-gambar lain: