Cara-cara membuat Kompos (Hasil dapatan ceramah NREB Sarawak)

Sampah yang paling banyak dihasilkan di bumi Sarawak adalah sampah sisa makanan (food waste). Oleh sebab itu, kita boleh mengurangkan sampah yang dihasilkan setiap hari dengan mengitar semula sampah sisa makanan.

Kandungan sampah kita

Antara caranya adalah dengan menghasilkan kompos daripada sampah sisa makanan ini. Kompos ialah bahan yang terhasil dari proses pereputan bahan-bahan organik (seperti sisa makanan, daun-daun kering, rumput dan sebagainya). Kompos bukanlah baja tetapi merupakan pereputan bahan organik yang dapat mengembalikan kesuburan tanah.


Untuk menghasilkan kompos, terdapat beberapa bahan yang diperlukan iaitu seperti berikut:




Untuk memastikan kompos itu berjaya, kita boleh memeriksa kompos itu dengan merasa suhu kompos itu. Sekiranya, terasa hangat-hangat maka kompos itu adalah aktif. Selain itu, kita juga perlu memastikan supaya kompos itu tidak terlalu lembap. Kelembapan kompos itu haruslah sekitar 40 - 50%.