Stesen Kompos SK Trusan!!!

 



Pada hari ini (29 Julai 2022), Stesen kompos telah diwujudkan oleh kelab PALS di belakang Dewan Dato Pengiran Mohamad SK Trusan

Tujuan stesen kompos ini adalah untuk membudayakan kompos di sekolah di samping melatih murid-murid untuk "reduce" sampah jenis sisa makanan.

Pihak sekolah dan kelab PALS telah memutuskan untuk memulakan pembudayaan kompos ini dengan menggunakan kaedah kompos lapisan. Kaedah ini diadaptasikan oleh pihak sekolah sebagai satu eksperimen sahaja dahulu.

Ini adalah disebabkan oleh penghasilah Bioorganisme (BM) yang diperlukan untuk menghasilkan kompos mengunakan kaedah NREB memerlukan tempoh masa 3 bulan. Oleh yang demikian, sementara menunggu BM itu tersedia dan boleh digunakan, kaedah kompos lapisan digunakan.

Pembudayaan kompos akan bermula pada 1 Ogos 2022 dengan kuantiti 1 tong dahulu. Tempoh masa eksperimen ini adalah selama 3 bulan.

Laporan oleh: Tan Kan Tsai