PROGRAM MOTIVASI LALUAN KERJAYA 2025

Dua hari yang penuh semangat dan inspirasi! SK Trusan baru saja selesai menjalankan Program Motivasi Laluan Kerjaya yang berlangsung pada 7 dan 8 April 2025. Program ini diadakan khas untuk melahirkan murid yang berkualiti dan berwawasan. Bukan setakat mendapat ilmu, tetapi murid-murid juga dapat dorongan, motivasi dan semangat baru untuk mengejar cita-cita!

Program ini melibatkan 92 orang murid dan 14 orang guru dari SK Trusan, serta beberapa murid dari sekolah-sekolah sekitar Zon Trusan. Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah diatur seperti ceramah kerjaya, pameran interaktif, ceramah kesihatan dan pertandingan.


🗓️ Hari Pertama - 7 April 2025

Program motivasi laluan kerjaya yang berlangsung di Dewan Masyarakat Trusan bermula pada jam 7.30 pagi dengan ketibaan guru dan murid. Aktiviti ice-breaking dijalankan untuk membangkitkan semangat murid. Program diteruskan dengan ceramah motivasi kerjaya oleh En. Awgku Hishamudin bin Awgku Abdol Kadir dan Pn. Elaine Rikan Kading, yang berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai pentingnya merancang masa depan dan kerjaya.

Selepas rehat, aktiviti interaktif oleh Pustaka Sarawak menarik perhatian murid, termasuk pameran STEM dan aktiviti literasi. Program hari pertama diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kuiz dan karangan pendek.