Dua hari yang penuh semangat dan inspirasi! SK Trusan baru saja selesai menjalankan Program Motivasi Laluan Kerjaya yang berlangsung pada 7 dan 8 April 2025. Program ini diadakan khas untuk melahirkan murid yang berkualiti dan berwawasan. Bukan setakat mendapat ilmu, tetapi murid-murid juga dapat dorongan, motivasi dan semangat baru untuk mengejar cita-cita!
Program ini melibatkan 92 orang murid dan 14 orang guru dari SK Trusan, serta beberapa murid dari sekolah-sekolah sekitar Zon Trusan. Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah diatur seperti ceramah kerjaya, pameran interaktif, ceramah kesihatan dan pertandingan.
🗓️ Hari Pertama - 7 April 2025
Program motivasi laluan kerjaya yang berlangsung di Dewan Masyarakat Trusan bermula pada jam 7.30 pagi dengan ketibaan guru dan murid. Aktiviti ice-breaking dijalankan untuk membangkitkan semangat murid. Program diteruskan dengan ceramah motivasi kerjaya oleh En. Awgku Hishamudin bin Awgku Abdol Kadir dan Pn. Elaine Rikan Kading, yang berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai pentingnya merancang masa depan dan kerjaya.
Selepas rehat, aktiviti interaktif oleh Pustaka Sarawak menarik perhatian murid, termasuk pameran STEM dan aktiviti literasi. Program hari pertama diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kuiz dan karangan pendek.
Hari kedua program dimulakan dengan aktiviti dan perkongsian daripada Pustaka Sarawak, yang memberi peluang kepada murid untuk meneroka pameran berkaitan sains, teknologi, dan aktiviti literasi. Seterusnya, sesi ceramah diteruskan dengan perkongsian mengenai XChange Programme oleh Yayasan Sarawak, memperkenalkan peluang pendidikan dan biasiswa. Program diakhiri dengan Ceramah Kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang memberi pendedahan mengenai pemakanan sihat dan gaya hidup sihat.
Program Motivasi Laluan Kerjaya pada tahun ini telah ditangguhkan oleh En. Ismail Bin Bahrin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan, PPD Lawas.
Sebagai penutup program, Cikgu Alifarizal bin Sahak, Guru Besar SK Trusan, menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program selama dua hari ini. Beliau turut menyampaikan harapan agar program seperti ini akan terus dijalankan untuk untuk memotivasikan murid dalam merancang laluan kerjaya mereka, seterusnya membuka peluang bagi mereka mencapai cita-cita dan kejayaan di masa depan.
Harapan dan Sokongan
Pihak sekolah berbangga dengan kejayaan Program Motivasi Laluan Kerjaya selama dua hari ini dan berharap pendedahan yang diberikan dapat membantu murid merancang laluan kerjaya mereka dengan lebih jelas. Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, termasuk guru, penceramah, Yayasan Sarawak, Pustaka Sarawak, KKM dan semua yang terlibat. Semoga program seperti ini dapat diteruskan, dan semangat yang ditanamkan akan mendorong murid untuk terus berusaha meraih kejayaan. Jumpa lagi di program akan datang!
Galeri Gambar Program
Klik pautan di bawah untuk melihat gambar-gambar menarik sepanjang program:
Klik sini ➡️ Galeri Gambar
#SKTrusan #Motivasi2025 #KerjayaCemerlang #AnakSarawakHebat
Dilaporkan oleh:
Amanina Aqilah Guru Biasa SK Trusan