Detik-Detik Banjir Melanda SK Trusan, Lawas Pada 8 Mac 2025
Pada 8 Mac 2025, satu peristiwa yang tidak akan dilupakan oleh warga SK Trusan, Lawas berlaku apabila kawasan sekolah tersebut dilanda banjir yang cukup besar. Kejadian ini memberi impak besar bukan sahaja kepada para pelajar dan guru, tetapi juga kepada komuniti setempat. Banjir yang berlaku ini menyaksikan detik-detik penuh ketegangan dan juga semangat persatuan yang tinggi dalam menghadapinya.
Kejadian Banjir Bermula
Pada pagi 8 Mac 2025, hujan lebat turun tanpa henti sejak malam sebelumnya, menyebabkan paras air di kawasan sekitar SK Trusan mulai naik. Walaupun pihak sekolah telah bersiap sedia dengan maklumat mengenai ramalan cuaca, keadaan yang semakin teruk itu tidak dapat dielakkan. Pada kira-kira pukul 10 pagi, air mula memasuki kawasan sekolah dan semakin meninggi, menenggelamkan jalan masuk utama ke sekolah serta beberapa kawasan.
Air semakin naik setelah jam 2 pm
Pada keesokkan harinya iaitu 9 Mac 2025, Cikgu Christina, Cikgu Farah dan seorang pembersih sekolah (dipanggil Babu Yati) ke sekolah. Mereka ke sekolah untuk melihat keadaan sekolah dan pada masa waktu pagi masih lagi air belum surut sepenuhnya. Namun, mereka sempat menanyakan kepada pengawal keselamatan yang bertugas pada masa itu. Kata pengawal keselamatan mengatakan " Aing semalam yang di belakang atu limpas leher sudah cikgu". Masa itu Cikgu Christina pun sempat lagi menjawab " Kalau dah limpas leher tu, kami yang rendah-rendah ni memang tidak nampak kepala sudah tu😂". Cikgu Christina dan Cikgu Farah yang menyaksikan kejadian banjir yang berlaku di depan mata pada hari kejadian. Mereka merupakan guru yang tinggal di kuartes guru terpaksa keluar dari sekolah untuk menyelamatkan diri takut hanyut (gurauan semata-mata 😂hahahaha). Pada 9 Mac 2025, air sudah surut dan sememangnya banyak harta benda yang rosak dan sekolah mengambil keputusan untuk mengadakan gotong-royong pada hari Isnin dan Selasa.
Pada 10 Mac 2025, guru-guru dan AKP turun ke sekolah untuk membersihkan kelas masing-masing. Aktiviti membersih merupakan aktiviti yang agar sukar dilakukan dengan keadaan kelas yang banyak lumpur dan berbau. Namun, murid tahap 2 membantu guru dan AKP membersihkan kawasan kelas, dewan, pejabat asrama dan bilik asrama.
Aktiviti gotong-royong selepas banjir
Detik-detik banjir yang melanda SK Trusan, Lawas pada 8 Mac 2025 pastinya menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan. Walaupun dalam kesulitan, semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan warga sekolah menunjukkan bahawa cabaran besar dapat dihadapi bersama.
Sumber dilaporkan oleh:
Christina Koo
Guru Biasa
SK Trusan