Perutusan 2013_Perutusan AJK Tertinggi Pembangunan Laman Rasmi SK Trusan

Perutusan AJK Tertinggi Pembangunan Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Trusan


Guru Besar
YUSOP BIN SITAM
Assallamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Alhamdullillah sekolah ini, berjaya mewujudkan laman webnya sendiri di alam maya. Adalah menjadi harapan agar laman web ini akan dapat memberi gambaran yang lebih dekat mengenai Sekolah Kebangsaan Trusan (A5.76), yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Dato Pengiran Mohammad School Trusan (DAMOST).
Tarikh: 13/07/2013
 
Guru Penolong Kanan 1 

Awang Amir Bin Awang Arshad
Syukur dengan limpahan rahmat dariNya, dapat saya meluahkan bicara dalam Laman Web SK Trusan buat julung-julung kalinya untuk meneruskan perjuangan bertunjangkan Pelan Transformasi Pendidikan.
 

Harapan agar laman ini akan digunakan sebaik-baik untuk menyebarluaskan apa saja hasil dari segi akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum. Oleh itu dapatlah kita berkongsi maklumat.
 

Setiap perancangan secara sistematik dan teratur dengan kerjasama yang diberi dapat melahirkan insan yang berguna, berketrampilan dan harapan nusa dan bangsa berpayungkan Falsafah Pendidikan Negara dan Modal Insan.
 

Sokongan serta kerjasama dan bantuan semua pihak termasuk guru, pelajar, ibubapa dan masyarakat keseluruhannya adalah penting untuk menjana kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
 

Justeru itu, dengam adanya Laman Web Sekolah ini akan dapat menjadi panduan dan rujukan warga sekolah dan masyarakat untuk dalam tugas yang dipikul untuk digalas ke suatu destinasi yang dituju.
 

Semoga apa yang dipersembahkan akan dapat dikongsikan bersama.
Tarikh: 27/07/2013

Guru Penolong Kanan HEM
Siti Jaliha Binti Wahap
Assallamualaikum dan Salam Sejahtera, bersyukur kita kehadrat Allat S.W.T kerana dengan izinnya kita masih diberi kekuatan dan keazaman untuk meneruskan perjuangan dalam memastikan kecemerlangan pendidikan dan kemajuan sekolah.

Sebagai GPK HEM, saya ingin mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah berjaya mewujudkan laman web rasmi SK Trusan. Dengan adanya laman web ini, ibu bapa dan penjaga dapat lebih dekat dan memahami SK Trusan melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah sepanjang tahun.

Justeru, saya berharap agar semua aktiviti serta program yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dapat dilaporan secara atas talian supaya dapat ditatap dan dibaca oleh golongan ibu bapa dan penjaga.

Akhir kata, saya yakin kecemerlangan sesebuah sekolah lahir dari sahsiah pelajar yang baik, guru-guru yang berkaliber, ibu bapa yang prihatin serta pihak pengurusan yang komited. Sekian.
Tarikh: 26/07/2013

Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Awangku Omar Bin Pengiran Sarpudin
Assallamualaikum dan Salam Sejahtera, bersyukur kita kehadrat Allat S.W.T kerana dengan izinnya kita masih diberi kekuatan dan keazaman untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik di sekolah.

Dalam era globalisasi ini, banyak agensi telahpun bergerak ke arah alam maya untuk berkongsi pelbagai maklumat dengan seluruh dunia amnya dan masyarakat khasnya. Oleh itu, saya berasa besar hati dan bangga kerana SK Trusan juga telah berjaya mewujudkan laman web rasminya sendiri yang membolehkan pelbagai maklumat sekolah, khasnya maklumat sukan dan ko-kurikulum disebarkan kepada masyarakat dengan cepat dan berkesan.

Ini membolehkan SK Trusan menjadi lebih "visible" kepada ibu bapa dan penjaga, PPD Lawas, JPN Sarawak, KPM dan juga masyarakat. Dan ini membolehkan pelbagai pihak terus mengikuti perkembangan SK Trusan.
 

Akhir kata, saya yakin bahawa laman web ini dapat memberi manfaat kepada SK Trusan amnya dan masyarakat khasnya.
Tarikh: 28/07/2013

Penyelaras Laman Web Rasmi SK Trusan
Tan Kan Tsai
Salam  sejahtera! Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Trusan di atas kerjasama yang diberikan semasa pembangunan laman web ini.

Laman web ini membolehkan kita bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan komunikasi yang sedang giat membangun. Bertemakan

"Ke arah alam maya"

Pelbagai maklumat berkaitan dengan SK Trusan telah dikongsikan secara atas talian membolehkan ibu bapa dan penjaga sentiasa memantau serta "update" aktiviti-aktiviti yang telah disertai oleh anak-anak mereka di sekolah.

Selain itu, laporan-laporan aktiviti juga dimuatnaik untuk menyokong usaha kerajaan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. Kami percaya:

"Reduce paper waste for greener earth"
Tarikh: 13/07/13