Perutusan AJK Tertinggi Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Trusan 2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya inginmengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya jua SK Trusan telah Berjaya mewujudkan laman web sekolah untuk dimanfaatkan bersama.
Dengan wujudnya laman web ini, diharap SK Trusan lebih dikenali oleh masyarakat sekitar, sekaligus sebagai penghubung dan penyebar maklumat yang lebih pantas dan terkini kepada murid-murid, guru-guru, ibubapa dan masyarakat.
Saya yakin sekolah ini akan terus Berjaya menghasilkan anak didik yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dan berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara walaupun ketika ini kita berada di situasi yang amat mencabar lebih-lebih lagi berhadapan dengan pendemik covid-19.
Terima kasih di atas kerjasama guru ICT, semua warga SK Trusan kerana berusaha menjayakan usaha-usaha murni. Terima kasih juga kepada semua pihak yang menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.
Sekian,
Suliman bin Yahya
Guru Besar SK Trusan Lawas.
Tarikh: 8 Februari 2021
Salam sejahtera dan Salam menjulang pendidikan Negeri Sarawak, Terima kasih kepada semua guru dan AKP kerana kita telah diberi peluang untuk bersua kembali untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab kita bagi tahun 2021. Semoga kedatangan tahun 2021 akan menyuntik semangat dan keazaman untuk lebih cemerlang dalam meningkatkan kualiti Pendidikan. Semoga impian kita untuk melahirkan modal insane minda kelas pertama dapat direalisasikan selaras kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan malah untuk mencapai misi dan visi sekolah. Diharap semoga program yang dirancang, tanggungjawab yang diamanahkan dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin.
Guru berkualiti mampu menjadi role model untuk membentuk generasi yang berilmu, inovatif, berdayasaing, berketrampilan, berakhlakmulia, cekal menghadapi cabaran serta semangat cintakan Negara, iaitu aset yang sangat bernilai yang mampu menjulang Negara ini ke arah kecemerlangan. Diharap kita sama-sama dapat menghayati Visi dan Misi sekolah dalam merealisasikan kecemerlangan pengurusan, kurikulum, hal-ehwal murid dan kokurikulum. Harapan saya juga semoga warga sekolah khasnya guru-guru dapat bekerjasama dan bergandingan bahu, berkhidmat penuh ikhlas untuk membela nasib anak murid kita.
“JADIKAN BUDAYA SERONOK BEKERJA AMALAN KITA”
“YANG MENJALANKAN AMANAH”
Nancy AnakOpi
PK Pentadbiran
Tarikh: 8 Februari 2021