SK Trusan
Gotong-royong Madani
SK Trusan
Bengkel Penulisan, Penerbitan dan Pemasaran Buku (Buat Duit dengan Buku)
![]() |
| Gambar bersama pensyarah IPGKS dan penceramah (Dari Kiri: Dr.Nelson, Mdm Chia Yip Lan, Syahrul Nizam, Tan Kan Tsai, Diana, George & Dr. Bell) |
Satu bengkel berkaitan dengan Penulisan, Penerbitan dan Pemasaran (Buat Duit dengan Buku) telah dilaksanakan oleh Pustaka Negeri Sarawak, Miri.
Dua orang guru dari Lawas telah menyertai Bengkel ini iaitu:
Tan Kan Tsai (SK Trusan)
Diana (SMK Merapok)
Daripada bengkel ini peserta belajar tentang anatomi buku iaitu apakah yang perlu ada pada sesebuah buku. Peserta juga diperkenalkan dengan 7 Langkah Mudah (Authors).
- Analisis Buku Terlaris
- Unik (Selling Point)
- Teknik Menulis yang Berkesan
- Hari-hari menulis
- Optimumkan penggunaan Teknologi
- Review dan Sunting
- Strategi Pemasaran
![]() |
| Gambar awal pagi |
Dilaporkan oleh:
Tan Kan Tsai
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Trusan
(12 Ogos 2023)
Gambar-gambar lain
Kontinjen Olahraga SKT 2023 (MSSRD Lawas)
Kontinjen SK Trusan tahun ini (2023) adalah terdiri daripada 8 orang atlet (iaitu 4 lelaki dan 4 perempuan).
Ketua kontinjen: Abdul Rahman bin Abit (guru besar)
Pengurus Pasukan: Moktar bin Jaman KPK Kokurikulum)
Ketua Jurulatih: Tan Kan Tsai (PK Pentadbiran)
Jurulatih: Natasha Lee Phay Wern (S/U Sukan)
Semoga pasukan SK Trusan berjaya dalam kejohanan olahraga ini dan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.
Kalah Menang adat pertandingan,
Team Trusan Terus memberi persaingan.
Dilaporkan oleh:
Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
SK Trusan
3 Ogos 2023
Gambar-gambar lain
Perasmian Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2023
Perkhemahan Eco-Camp 2023 Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) & Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
Eco Camp pada tahun ini amat istimewa kerana telah diadakan di Pusat Kokurikulum Lawas. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh Kelab PALS dan TKRS dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan SK Trusan.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti jadual di bawah.
![]() |
| Tentatif Eco Camp |
Montage di bawah menunjukkan ringkasan aktiviti yang telah dijalankan. Enjoy!
Gambar-gambar Eco Camp
Klik di sini untuk Gambar-gambar Eco Camp
Dikemaskini oleh:
Olivia Sara
Pengerusi Kelab PALS
SK Trusan
(28 Julai 2023)





