Junior Innovate 2022: Train-the-Teacher

Hari Pertama (13 Mei 2022)
 

Peserta TTT Junior Innovate dari Lawas

Junior Innovate merupakan satu pertandingan yang dianjurkan oleh Chumbaka bertujuan untuk mendedahkan murid-murid sekolah dengan bidang inovasi dan reka cipta. Melalui pertandingan ini, murid-murid diberi peluang serta sokongan untuk merealisasikan idea inovasi mereka dalam bentuk fizikal (robot, permainan video dan lain-lain). Dengan memanfaatkan aplikasi "open-source" seperti scratch, mblock dan raspberry PI), murid-murid adalh terbuka kepada peluang serta kemungkinan yang tidak terhad.

Walaubagaimanapun, sebelum mengajar dan menyediakan murid-murid dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berinovasi, pihak Chumbaka melatih guru-guru terlebih dahulu dalam sesi Train-the-Trainer (TTT) ini. TTT kali ini telah diadakah di Curtin Universiti dan kami (guru-guru) tidak sabar untuk menimba dan berkongsi pengalaman serta kemahiran antara satu sama lain, dan seterusnya meningkatkan lagi profesionalisme kami dalam bidang ini.

TTT schedule

Slot 1: Mempelajari tentang Scratch_ pengaturcaraan mudah

Siap! projek pertama

Dalam slot pertama ini, kami telah didedahkan dengan pelbagai maklumat ICT seperti pixel, animasi dan juga pengaturcaraan mudah. Sebagai projeknya, kami telah menghasilkan permainan video mudah iaitu "Pong Game".

Kami juga menghasilkan .gif iaitu gambar bergerak menggunakan Piskel. Ini adalah antara hasilnya.



Lompat-lompatkan? Itulah yang menggambarkan perasaan kami, iaitu betapa seronoknya sesi TTT ini.


Di sebelah petang kami dihidangkan dengan sesi pembentangan idea projek. Dan kemudiannya mempelajari tentang konduktiviti, penyambungan wayar, dan Mblock.

Menyalakan LED (Hafizatul)


Laporan oleh: Tan Kan Tsai (pada 13.5.2022_Hari pertama)


Hari Kedua (14 Mei 2022)

Pada hari ini, kami diberikan tugasan yang agak mencabar iaitu untuk menghasilkan projek inovasi kami. Kumpulan SK Trusan (Tan & Hafizatul) telah mengemukakan idea seperti berikut.

 

Name:

Tan Kan Tsai & Siti Nor Hafizatul binti Malek

School:

SK Trusan

Your idea:

Futuristic Cycling

Software-based

project or software

+ hardware-based

project?

Software + hardware-based project

Materials needed:

Exercise bike, motor, arduino, LEDs and Laptop.

It is 2 players racing game.
The speed of the racers (in the PC) is determined by the speed of the motor (which is connected to Exercise bike)
LEDs is the output, which display the score/ winner in each round.

Video submitted? 

Yes


Kemudian, kami cuba untuk menrealisasikan idea kami dalam bentuk fizikal. Namun, kami terpaksa membina "working prototype" menggunakan kotak kerana tiadanya basikal di tempat kami berkursus.
Berjaya menghasilkan prototaip

Akhir sekali, kami telah merakam video pembentangan projek kami secara ringkas untuk dihantar kepada pihak penganjur. berikut merupakan video pembentangan ringkas kami.

Rakan kami, Cg.Amir dan Cg.Aimi dari SK Aru Baru juga telah menyiapkan projek mereka. Berikut merupakan video pembentangan mereka untuk rujukan kita pada masa akan datang.



Laporan oleh: Tan Kan Tsai (pada 14.5.2022_Hari kedua)



Gambar-gambar lain

Tan & Amiruddin di Faculty of Engineering & Science, Curtin

Flight to Miri... Twin Otter