Mini Kolokium Kajian Tindakan dan Inovasi Pendidikan Sesi Persekolahan 2023 - 2024 Peringkat Zon Trusan

 


Untuk kali pertamanya dalam sejarah, SK Trusan telah berjaya menganjurkan Mini Kolokium Kajian Tindakan dan Inovasi Pendidikan bersama rakan penganjurnya, SJKC Chung Hua Trusan. Mini Kolokium ini telah dianjurkan dalam peringkat Zon Trusan melibatkan 8 buah sekolah di zon ini.

Minikolokium ini telah disertai oleh 12 orang pembentang dari SK Trusan dan SJKC Chung Hua Trusan, dan melalui pembentangan ini hasil kajian tindakan dan inovasi pendidikan yang telah dihasilkan dapat dikongsikan kepada guru-guru lain dalam zon ini. Banyak perkongsian menarik telah dikongsikan oleh para pembentang. Antaranya ialah GoPie Chart (inovasi Matematik), Kaedah STAIR (inovasi pra-sekolah), Digital Memory Game (Inovasi Bahasa Inggeris) dan banyak lagi. Semua hasil kajian yang dibentangkan pada hari ini akan diterbitkan dalam Jurnal Penyelidikan sekolah masing-masing sebagai rujukan dan perkongsian pada masa akan datang. Jurnal yang telah diterbitkan boleh diakses dalam e-library SK Trusan.

Motivasi dan penghargaan GB SK Trusan, Cg Abdul Rahman

Diharap penyelidikan tindakan dan inovasi pendidikan ini dapat diteruskan dan menjadi budaya di SK Trusan dan seterusnya di Zon Trusan. Oleh itu, diharap guru-guru terus bersemangat melaksanakan kajian tindakan dan juga mewujudkan inovasi pendidikan di sekolah demi membantu murid-murid serta menyelesaikan isu-isu instruksional di dalam bilik darjah.

Sebagai rakan penganjur mini kolokium ini. SK Trusan berharap dapat berkolaborasi dengan SJKC Chung Hua Trusan untuk bersama-sama menyebarkan budaya penyelidikan ini kepada sekolah-sekolah di Zon Trusan ini dengan melibatkan pembentang-pembentang daripada 6 buah sekolah yang lain.

Dilaporkan oleh:
Tan Kan Tsai
Penyelaras Mini Kolokium,
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Trusan
18 Januari 2024

Kids' Author Programme (Program Penulis Kanak-kanak)

Program Penulis Kanak-kanak merupakan satu program yang dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan budaya membaca dalam kalagan murid-murid Trusan di samping memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam bidang penulisan dan penerbitan. Program ini telah dilaksanakan dari Oktober - Disember 2023.

Sepanjang program ini, ramai murid telah bertungkus lumus dan memerah otak untuk menulis dan menghasilkan karya kreatif mereka. Untuk mencari idea penulisan, murid-murid telah secara aktif membaca buku-buku cerita serta penulisan yang lain.

Sebanyak 16 karya yang mencapai kriteria-kriteria tertentu telah diterima oleh pihak sekolah. Penulis-penulis ini telah dibimbing secara individu oleh guru-guru sekolah untuk memperbaiki mutu, gaya dan kualiti penulisan mereka.

Karya-karya kreatif ini akan diterbitkan (ISBN) pada masa terdekat. karya penulisan dan cerita yang telah dihasilkan oleh murid-murid telah dimuat-naik ke dalam e-library SK Trusan (pautan di bawah).

Pautan: e-library SK Trusan


Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Trusan
9 Januari 2024

Pengumuman: Pertambahan "GAME" baharu dalam e-library SKT!

 

"Game" Belajar Suku Kata (Pop-it) telah dimasukkan dalam koleksi multimedia e-library SK Trusan.

Lihat koleksi multimedia e-library SKT...


Oleh: Tan Kan Tsai (PK1 SK Trusan, 11 Nov 2023)

Program Duta Sahsiah: Pemangkin Pembentukan Karakter karamah Insaniah

 


Program: Duta Sahsiah: Pemangkin Karakter Karamah Insaniah
Tarikh: 31 Oktober 2023

Melalui program ini, SK Trusan telah melantik duta sahsiah yang terdiri dalam kalangan murid dan mempunyai suri teladan yang tinggi nilai sahsiahnya serta berkeperibadian mulia.

Duta sahsiah dipilih dalam kalangan murid kerana mreka lebih rapat dan mengenali antara satu sama lain. Mereka ini dapat menjadi mata dan perantaraan antara murid dan guru, serta membantu memberi kesedaran kepada rakan-rakannya berkaitan kesan salah laku buli dan gangguan seksual.

Duta Sahsiah SK Trusan: Nurul Asyiqin

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
SK Trusan
31 Oktober 2023

*Layari e-library SKT untuk bermain game pendidikan.

Pembentangan 1: Kajian Tindakan dan Inovasi Sesi Penerbitan 2024

 


Pembentangan 1 (Kajian Tindakan dan Inovasi) telah dilaksanakan pada 30 Oktober 2023 untuk mendengar dan membincangkan isu-isu instruksional yang telah dikenalpasti dan seterusnya mencadangkan intervensi atau inovasi yang sesuai untuk menangani isu-isu tersebut.

Melalui pembentangan ini, cadangan penambahbaikan terhadap intervensi dan inovasi dapat diberikan. Ini menjamin keberkesanan intervensi yang akan dilaksanakan di dalam kelas dan seterusnya menjamin kualiti Kajian Tindakan dan Inovasi yang akan diterbitkan.

Diharap Kajian Tindakan dan Inovasi ini dapat diamalkan pada tahun-tahun akan datang dan seterusnya menjadi budaya penyelidikan di sekolah ini.


Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
31 Oktober 2023

*layari e-library SKT untuk melihat inovasi pendidikan (Memory Game)