HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2023

 



7 Oktober 2023 - Sambutan Hari Sukan Negara 2023 disambut meriah dikalangan warga sekolah. Aktiviti yang berlangsung seawal 7.30 pagi itu dimulakan dengan senaman memanaskan badan yang diketuai oleh Cikgu Moktar bin Jaman. Sekitar jam 8.00 pagi partandingan Rentas Desa dilepaskan oleh Cikgu Abdul Rahaman bin Hj. Abit, Guru Besar SK Trusan bagi kategori pertama iaitu kategori lelaki Tahap Dua. Ini disusuli lima minit kemudian dengan pelepasan untuk kategori perempuan Tahap Dua pula. Jarak larian untuk tahap dua ialah sekitar 2.84 km sementara untuk tahap satu pula ialah 0.84km. Pelepasan untuk tahap satu menyusul selepas itu. 

Disamping itu pada hari tersebut juga turut diadakan ialah aktiviti senam Zumba untuk warga sekolah termasuk penglibatan semua pekerja swasta di sekolah ini. Team Zumba ini adalah dibawah bimbingan Puan Rosita binti Matsaleh yang terdiri dari enam orang murid dari tahun 5 dan seorang murid tahun 3. Aktiviti ini telah berlangsung sekitar 40 minit tanpa henti. Di akhir aktiviti memperlihatkan suasana menyeronokan dikalangan peserta aktiviti yang terlibat.

Majlis penyampaian hadiah kepada peserta rentas desa diadakan di Dewan Pengiran Datuk Hj. Mohamed sekitar jam 10.30 yang disampaikan oleh Guru Besar SK Trusan. dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang serta mengucapkan terima kasih kepada JK penganjur untuk sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada tahun ini.




Laporan oleh
Cikgu Moktar bin Jaman
PKK SK Trusan