Matlamat Mini Kolokium ini adalah untuk menyediakan platform dan peluang kepada guru-guru Zon Trusan untuk membentangkan kajian tindakan mereka, dan seteruskan menerima penghargaan dan pengiktirafan ke atas semua usaha dan penat lelah mereka melaksanakan kajian tindakan di sekolah masing-masing. Selain itu, kesemua 21 kajian tindakan itu akan diterbitkan dalam Jurnal Penyelikan Tindakan dan Inovasi sebagai usaha menghargai dan menggalakkan pembudayaan kajian tindakn di Zon Trusan ini.
Mini Kolokium Zon Trusan pada tahun ini telah dirasmikan oleh Pgn Abdul Kadir bin Pgn Budin, Tuan PPD Lawas yang dihormati dan dikasihi.
"Terima kasih, tuan PPD kerana sanggup meluangkan masa untuk hadir dan merasmikan Mini Kolokium kami."
- Pengelola Mini Kolokium
Barisan panel hakim yang menghakimi pembentangan kajian tindakan pada tahun ini adalah, Cg.Dolphina Balang (PKKK SMK Sundar, bekas SISC+), Moktat bin Jaman (Guru Besar SK Long Sebangang) dan Muhammad Faizal bin Sahadan (Pen. PPD Sektor Pembelajaran).
Diharap Lebih ramai guru dapat menyertai Mini Kolokium ini pada tahun hadapan sebagai pembentang, dan berkongsi kajian tindakan yang telah dilaksanakan dalam amalan instruksional masing-masing.
Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
SK Trusan
20 Januari 2025