Penganjuran Mini Kolokium Zon Trusan Kali Ke-4 telah berjaya diadakan pada 25 November 2025 oleh SJKC Chung Hua Trusan selaku tuan rumah dengan kerjasama SK Trusan sebagai rakan penganjur bersama. Tahun ini menandakan empat tahun berturut-turut kerjasama padu antara kedua-dua buah sekolah dalam menganjurkan mini kolokium tersebut.
Sebanyak 22 penyertaan telah diterima daripada 6 buah sekolah di Zon Trusan. Bilangan penyertaan ini mencerminkan budaya penyelidikan yang semakin kukuh dan berterusan diamalkan dalam kalangan guru-guru Zon Trusan. Melalui pembudayaan kajian tindakan, para guru berpeluang menambah baik amalan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) masing-masing melalui proses yang tersusun dan sistematik. Pelbagai isu instruksional juga telah berjaya ditangani secara ilmiah dan profesional melalui pelaksanaan penyelidikan tindakan oleh para guru.
Seramai 12 orang pembentang daripada 6 buah sekolah telah terpilih untuk membuat pembentangan dalam mini kolokium ini. Pembentangan berlangsung dalam dua sesi selari yang dijalankan serentak mulai jam 2.00 petang, melibatkan pelbagai bidang mata pelajaran termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Arab, Matematik, Sains dan Prasekolah.
Majlis Penutupan Mini Kolokium telah disempurnakan oleh Tuan Pengiran Abdul Kadir bin Pengiran Budin, Pegawai PPD Daerah Lawas.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pembentang, Tuan PPD, semua guru-guru Zon Trusan, serta seluruh jawatankuasa penganjur dari SK Trusan dan SJKC Chung Hua Trusan atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang telah memastikan penganjuran Mini Kolokium Zon Trusan Kali Ke-4 ini berjalan dengan jayanya.
Tahniah diucapkan kepada wakil pembentang dari SK Trusan iaitu:
1. Dayangku Rohani binti Matyasin & Christina Koo (Pra Sekolah)
2. Nur Arifah Ilyana binti Mohd Anuar (Matematik)
3. Amanina Aqilah binti Matzalis, Syarkinah binti Wahap & Azza Maghfirah binti Awang Iderus (BA & PI)
Jika, Cikgu Dayangku Rohani (guru veteren yang hampir pencen) dapat melaksanakan Kajian Tindakan dan membentang dengan jayanya. Saya yakin semua guru dapat melaksanakan Kajian Tindakan.
Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran SK Trusan
26 November 2025
Gambar-gambar lain...

.jpeg)