Kejohanan Olahraga Tahunan Anjuran Bersama SK Trusan dan SJKC Chung Hua Trusan 2022

 


Sukan tahunan sekolah pertama kalinya telah dianjurkan bersama-sama oleh SK Trusan dan SJK(C) Chung Hua Trusan pada 2019, yang mana telah menempa sejarah di mana kedua-dua sekolah in telah berkolaborasi sebagai Perikatan Trusan. Pada tahun 2022 ini, kedua-dua sekolah bersetuju untuk meneruskan kolaborasi ini. Kolaborasi ini adalah satu usaha Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) untuk memberi peluang kepada murid-murid daripada kedua-dua sekolah untuk saling berinteraksi, bersaing secara sihat dan berseronok dalam sukan balapan dan padang. Kejohanan ini disertai oleh empat Rumah Sukan (iaitu merah, hijau, biru dan kuning). Empat rumah sukan SK Trusan akan bergabung dengan empat rumah sukan SJK(C) Chung Hua Trusan bagi membentuk persekutuan rumah sukan. Ini akan memeriahkan dan meningkatkan lagi silaturahim staf dan juga murid-murid kedua-dua buah sekolah.


Keputusan Terkini


Laporan & Gambar Terkini


Lihat Buku Program (Flipbookpdf)

Muat Turun Buku Program