Sukaneka RIMUP Zon A (Trusan) 2022

 


Sukaneka Zon A Daerah Lawas telah dilaksanakn dengam jayanya pada hari ini (29 Nov 2022) di Sekolah Kebangsaan Trusan.

Sukaneka ini telah disertai oleh 7 buah sekolah di Zon Trusan iaitu:

  1. SK Siang Siang
  2. SJKC Chung Hua Trusan
  3. SK Trusan
  4. SK Tang Lapadan
  5. SK Long Tukon
  6. SK Long Tengoa
  7. SK Puru Sia
Terdapat 7 aktiviti sukaneka telah dipertandingkan iaitu (1) Bowling Kelapa, (2) Baling Pundi Kacang, (3) Baling Bola Ping Pong, (4) Baling Bola Sepak, (5) Isi Air dalam Botol, (6) Mengimbang Botol Air, dan (7) Ikat Tali.

Daripada aktiviti sukaneka ini, murid-murid yang jarang menyertai apa-apa aktiviti kokurikulum diberi peluang untuk bertanding dan berseronok sambil bersukan.

Diharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang supaya dapat menyumbang kepada kemenjadian murid seperti hasrat Kementerian Pendidikan.

Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai (29 November 2022)