LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID ASRAMA TAHUN 6 SK TRUSAN KE SABAH TAHUN 2022

Pada 26 hingga 27 November 2022 yang  lepas, murid-murid asrama tahun 6 SK Trusan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Sabah.  Seramai 15 orang murid  serta 17 orang guru dan staff SK Trusan telah menyertai lawatan ini.  Program lawatan ini adalah anjuran unit Hal Ehwal Murid SK Trusan. Objektif utama lawatan sambil belajar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah  serta budaya setiap masyarakat ( Muzium Sabah).  Selain itu, murid-murid juga berpeluang melihat hidupan laut yang terdapat di Aquamarine UMS.  Melalui lawatan sambil belajar ini juga, murid-murid dapat bertukar pendapat serta berkongsi pengalaman kepada rakan-rakan yang lain mengenai aktiviti serta tempat-tempat yang dilawati sepanjang program berlangsung.



Lawatan hari pertama (26.11.2022)-
Jurassic Land Kiulu

JURASSIC LAND TAMPARULI













                                         


Lawatan hari kedua - 27.11.2022

Aquarium UMS    Muzium Sabah












Laporan oleh: Rosidah Binti Matnor,
(Setiausaha Lawatan Sambil Belajar SK Trusan 2022)