Pada pukul 7.30 pagi, murid-murid telah berkumpul di gelanggang SK Trusan untuk sesi taklimat keselamatan dan laluan merentas desa. Taklimat ini adalah sangat penting untuk memastikan peserta tahu dan faham tentang keselamatan jalan raya serta laluan yang patut mereka ambil semasa kejohanan itu berlangsung. Sudah tentu pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk memastikan murid-murid selamat sepanjang kejohanan.
Pada pukul 7.45 pagi, murid-murid mula memanaskan badan dan membuat regangan. Ini adalah untuk memastikan mereka adalah bersedia dari segi fizikal supaya dapat mengurangkan risiko kecederaan semasa berlari.
Kejohanan merentas desa ini telah dimulakan secara rasminya pada pukul 8.00pagi. Semua peserta telah berjaya menghabiskan larian mereka pada pukul 8.45pagi. Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah berjaya menamatkan larian. Dapat menghabiskan larian sejauh 3 kilometer merupakan satu pencapaian dan kejayaan bagi setiap atlet.
Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai (9 Disember 2022)
Gambar-gambar lain