16 September merupakan satu hari keramat kerana pada tarikh inilah Gagasan Malaysia dibentuk apabila Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu.
Bagi
mengingati tarikh yang penting ini, pada 15 September 2015, KRT KPG.
Masjid, KRT KPG. Gelapas dan KRT KPG. Tengah bersama-sama dengan Sekolah
Kebangsaan Trusan dan PIBG SK Trusan telah berganding tangan mengadakan
sambutan Hari Malaysia secara besar-besaran.


