Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014


Pada 20 November 2014, satu Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar telah dianjurkan secara gilang-gemilangnya olah pihak Sekolah Kebangsaan Trusan. Majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang telah bertungkus-lumus dan juga berusaha dalam mencapai pencapaian yang baik dan cemerlang dalam bidang akademik.

Maklumat Lanjut...

Disediakan oleh: Tan Kan Tsai & Moktar Bin Jaman

Kem Sukan 1 Murid, 1 Sukan

31 Oktober 2014 - 1 November 2014, Kem 1 Murid, 1 Sukan Sekolah Kebangsaan Trusan Tahun 2014 telah dianjurkan untuk memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai serta melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan mendedahkan mereka tentang Nilai Olimpik dalam Program Pendidikan (OVEP). 




Disediakan Oleh: Tan Kan Tsai

Lawatan Pra-UPSR oleh PPD Lawas

8 September 2014, Lawatan Pegawai Pendidikan Daerah Lawas (PPD) Encik Awang  @ Ibrahim bin Ahmat ke SK Trusan sebagai penyuntik semangat kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok. Beliau ditemani oleh pegawai-pegawai dari Jabatan yang turut sama memberi motivasi. Dalam pertemuan tersebut beliau mengharapkan para pelajar dapat menjawab dengan tenang dan bersungguh-sungguh. Beliau turut mendoakan agar semua pelajar mencapai kecemerlangan pada peperiksaan itu nanti.

Sambutan Bulan kemerdekaan Tahun 2014

29 Ogos 2014, Sambutan Hari Kemerdekaan ke57 di sini disambut mariah. Pelbagai acara diadakan sempena perayaan tersebut. Bermula dengan pemasangan bendera Malaysia dan Sarawak di sekitar sekolah seminggu lebih awal dan kemuncaknya dengan perarakan serta pertandingan basikal Patriotik pada 29 Ogos. Pertandingan ini telah menarik penyertaan ramai pelajar dan kemuncaknya ialah perarakan merdeka secara berkonvoi di sekitar Kampung Gelapas hingga ke Kampung Pg. Dato Mohamad.

Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2014


 8 Ogos 2014, Majlis sambutan perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2014 peringkat sekolah diadakan di gelanggang bola futsal SK Trusan. Sambutan kali ini lebih meriah dengan adanya kerjasama PIBG yang turut menyumbang dan menjayakan perayaan itu bersama pihak sekolah. Lebih 200 orang hadir pada majlis tersebut. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan doa dibacakan oleh Ustaz Hafizudin bin Hairudin.
Sumbangan : Cikgu Moktar bin Jaman